Followers

Friday 29 March 2013

Praline in 12cavity (Kids version)


KIDS VERSION
Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada anak-anak, adik atau sesiapa sahaja
They gonna love it !!!






Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah melalui

sms/call/whatsapp 0139144553 @ 0133035540

OR

email at chocoholicstation@gmail.com

....MAKE IT DIFFERENT...

Update status

Bismillah...

Sudah berkurun lamanya blog ini tidak di update. Almaklumlah kesibukan dengan hal-hal lain. Buat pengunjung blog, sebelum ini kami banyak menggunakan facebook sebagai medium utama online business kami. Disebabkan itu, blog ini jarang dikemaskinikan produk-produk kami. Jadi memandangkan bagi meluaskan lagi pasaran produk kami, blog adalah jawapannya..kan?? hee..Insyaallah..





 Pics2 produk coklat kami yang terdahulu akan dimuat turun di blog ini secara berperingkat-peringkat.

Termasuklah beberapa details yang lain..

Always check it ouuutt here ok ^______^

....MAKE IT DIFFERENT....

Tuesday 10 July 2012

Chocolate bouquet

Assalamualaikum. Ini pula jambangan bunga coklat. Boleh didapati serendah RM 20. Sesuai untuk majlis perkahwinan, graduasi, hari lahir dan bermacam-macam lagi.



Jom hadiahkan Chocolate bouquet ini untuk yang teristimewa
Tempahlah sekarang..

Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh:

call / sms / whatsapp 0139144553/ 0133035540
OR
email chocoholicstation@gmail.com

....MAKE IT DIFFERENT....



Lollichoc

Assalamualaikum w.b.t. Ini pula adalah lollichoc.

Pelbagai bentuk dan warna. Harga bermula dari RM 1.50 dan ke bawah. Harga bergantung kepada kuantiti...Murah kan ^___^









Lagi banyak anda tempah lagi murah harganya...
Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah melalui
sms/call/whatsapp 0139144553 (liana)
OR
email chocoholicstation@gmail.com

....MAKE IT DIFFERENT....

Praline in 9cavity box

Assalamualaikum w.b.t. Setelah sekian, baru berkesempatan update homemade coklat yang baru.

Praline 9 pcs dalam gold box dan reben. RM 10 sahaja.
Terdapat pelbagai corak, bentuk dan warna.

 P001

  P002

  P003

  P004

  P005

  P006

  P007

  P008

  P009

  P010

 P011

Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh
sms / call / whatsapp 0139144553 @ 0133035540

OR

email chocohoclicstation@gmail.com

....MAKE IT DIFFERENT...

Wednesday 2 May 2012

OREO CHOC

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah coklat oreo yang terbaru dihasilkan.
12 pcs/box
Harga RM 35






Thursday 12 April 2012

Kebaikan Coklat

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Bagi penggemar coklat, mungkin timbul sedikt kerisauan dalam aspek kesihatan memandangkan ramai yang berpendapat coklat termasuk dalam kategori junk food. Jadi, mari kita lihat apakah kebaikan coklat...

1- Coklat Untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin

Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.


3- Coklat Itu Menenangkan

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.


5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

Jadi, usah risau jika anda adalah penggemar setia coklat sebab terbukti ada kebaikannya...